Thursday 29 March 2012

KORBAN SEORANG SAHABAT-2


“Wei... bidin tu... tengok tu...”Bersungguh Arsyad menunjuk membuatkan Izzuddin berpaling.
“Apahal?!”
“Tulah...Lara...”Pantas Izzuddin mencari kelibat gadis yang amat dibencinya tu.Terukir senyuman nakal di bibirnya saat mata mereka bertemu pandang.
“Hah!!Kau nak lari kemana?”Izzuddin menghalang perjalanan Hidayah.Hidayah cuba meloloskan diri tetapi gagal.
“Tepilah!!Korang ni tak de kerja lain ke selain kacau orang?”Terhambur tawa Izzuddin mendengar luahan berani Hidayah.
“Waah!!Dia sudah berani melawan. Siapa ajar? Mak kau?”Makin galak hilai tawa mereka berdua.Izzuddin terdorong kebelakang akibat ditolak.
“Korang ni kenapa hah?Kenapa suka kacau akak kita?”Aiman mendepangkan tangannya cuba menghalang Hidayah dari diganggu.Tidak padan kecil betul.
“Waa!!Takutnya aku.Anak semut nak mengajar anak gajah nampaknya.Sedar tak badan kau tu kecik? Sekali tolak macam ni...Jatuh!”Aiman terduduk di tolak oleh Izzuddin.Aina melempar batu ke arah mereka berdua.
“Kau pun sama?!Nak makan penampar ke?”Tangan Izzuddin singgah di pipi Hidayah.Terduduk Hidayah dibuatnya.
“Akak!!”Jerit Aiman dengan Aina serentak.Aina cuba menbantu Hidayah bangun.
“Padan muka korang.Dasar anak haram!”Pang!!Berpijar muka Izzuddin menahan sakit.
“Siapa ajar kau cakap semua ni?”
“Hey!You siapa nak tampar anak I?”Aku memandang sinis perempuan yang hampir sebaya dengan aku tu tergedik-gedik berlari mendekati kami.Aku menilik muka Hidayah.Mukanya merah aku usap perlahan.
“Sakit?Nanti balik pergi hospital ya.”Hidayah pantas menggeleng.Perempuan hadapan aku ni dah macam cacing kepanasan sebab apa yang dibebelkannya aku pekakkan.
“Hey! I tengah cakap dengan You okay!! Don’t be so rude.Useless!”Tak masal je dapat kerlingan maut aku.Kalau tak ingat ni dekat depan sekolah anak aku,mahunya aku bengkes kaki minah ni kasi berdebuk sekali.
“Hey perempuan! Stop right there.I will sue You after what You do to my son.”
“So can I sue You back after what your son do to my daughter and my son?!”Tangan Aiman dan Aina kemas dalam gengaman aku.Lebih baik tangan aku berpaut pada sesuatu sebelum tangan aku terposter kemas dipipi bermekap tebal mengalahkan tembok cina tu.
“Maaf,kenapa ya Puan berdua berdebat di sini?”Teguran seorang lelaki berkot hitam itu membuatkan aku memandangnya atas bawah.
“Cikgu...This perempuan so rude...She just slap my son face...See!”Bersungguh-sungguh dia menunjukkan wajah anaknya yang merah padam tu.Tergedik-gedik...Sekali aku bagi penampar cap bata ni kang baru tahu.Longar je sandal aku ni.
“Apa kata kita bincang dalam bilik saya.Mari saya tunjukkan.”

“Sila duduk.Boleh saya tahu dari mana puncanya?”Aku menguis lengan Aiman menyuruhnya jangan bersuara.Lagipun tak elok menyampuk percakapan orang lebih tua.Kurang sopan.
“When I arrive she was slap my son.You must do something or I’ll do!”Tegas semacam je makcik ni bersuara.Sabar dulu wahai hati.Ya Allah kukuhkanlah iman aku dari menjatuhkan maruah sesiapa.
“Assalamualaikum...Maaf menganggu,Tuan Syed ni saksi yang Tuan nak jumpa tadi.”Bila masa agaknya dia suruh mencari aku pun tak tahu.Bukan ke budak ni ada dengan budak yang menampar anak aku tadi?Tapi siapa budak lagi sorang ni?
“Komala,kamu berdiri tepi sana dulu.Arsyad,kamu mari sini.Ceritakan apa yang berlaku.”Arsyad hanya menundukkan mukanya.
“Atau awak mahu saya suruh Komala ceritakan hal sebenarnya?”Hampir serentak Arsyad dengan Izzuddin memanggung mukanya memandang Tuan Syed.
“Terangkan Komala.Biar mereka tahu apa yang terjadi.”
“Yes! Make sure they will get punissment.”Sinis sungguh nada perempuan ni.Aina memaut tangan Aiman untuk lebih bersabar.Begitu juga dengan Hidayah sebelah tangannya mengenggam erat jemari aku meminta kekuatan.
“Saya cuma cerita apa yang patut sahaja.Saya bukan mahu menjatuhkan mereka atau apa.”Terketar-ketar nada dia bersuara tapi cukup fasih.  
“Can You just forward to important info?I need to go okay?”
“Harap Puan Melati bersabar ya.Komala jangan takut.Terus terang saja.”Hampir tergelak aku dengar nama dia.Nama bunga je kot tapi berlagak bagai pelakon Hollywood sesat.
”Puan Melly okay!!”Bagai nak tercabut bulu mata unta dia tu kena kipas aku tengok.Panas sangat ke?
“Saya mulakan dengan kejadian hari ini.Setiap hari Lara akan lalu depan koridor tadi untuk menunggu adik dia dan setiap hari juga Bidin akan tunggu dekat sana...”
“Sayang... Apa sayang buat dekat sana?”Melly merenung kasih anaknya.Meluat sungguh.Kalau sayang pun berpada lah Melati oi.Semua ni luahan hati aku je.
“Maaf Puan Melly benarkan anak murid saya habiskan cerita dulu.”Aiman tertawa kecil melihat gelagat Melly,akibatnya dia di hadiahkan jelingan.Melly merengus kecil.
“Saya harap Puan berdua bersabar dengan apa yang saya cuba sampaikan.Izzuddin dengan Arsyad memang suka membuli Lara.”
“What?So you all bercomplotlah nak jatuhkan anak I lah ya?You all menangkan anak haram ni and tuduh anak I buli dia?”Tolakan kerusi yang aku duduk membuatkan Aiman terdorong ke belakang.Mukanya aku renung dia sambil tersenyum sinis kemudian aku duduk kembali.Tuan Syed cuba menenangkan keadaan.
“Hidayah bukan anak haram macam Puan kata kan.Dia punya Umi dan Ibu.”Kata aku agak selamba tu mengundang perhatian Melly.
“So betullah dia ni anak haram.”Perempuan ni memang nak makan buku agaknya.
“Dia bukan anak haram.Nama umi dia Hannani Amira...Isteri pertama suami saya dan saya juga yang menemukan mereka berdua.Saya juga yang menyambut Hidayah melihat dunia.”Terkenang saat pertama kali aku tengok Hisyam resah tanpa arah. 
***
bersambung...

Wednesday 14 March 2012

KORBAN SEORANG SAHABAT-1

“Kenapa ni? Kenapa akak monyok je”Aina menggelengkan kepalanya.Aiman memandang tempat lain.
“Aina... Aiman.... Cepat bagitahu ibu... Kalau tak ibu tak bagi makan kek.”Mereka berpandangan seketika.Aku saja mengertak.Aina menggelengkan kepala manakala Aiman bagaikan sudah tekad.Aku menanti dengan sabar.
“Diaorang cakap bukan-bukan pasal akak lagi bu...”Adu Aiman.Aina mengetap bibir.
“Diaorang cakap apa?”Aina menggeleng menghalang si abang berterus terang.Aiman menepis tangan Aina.Mereka berdua berbisik sesama sendiri.Kadang-kadang susah nak memahami dua orang anak kembarnya ni.
“Diaorang cakap akak anak haram...Dia cakap akak bukan anak ibu dengan baba...Dia kata akak anak pungut bu...Aina cakap dekat diaorang kalau kakak bukan anak ibu dengan baba dia anak siapa?Tapikan bu,diaorang ketawakan Aina bu...Diaorang suruh tanya ibu.”Aku tersenyum hampar.’Apa nak jadi dengan budak zaman sekarang ni?’Aku menggosok kepala Aiman.
“Abaikan je sayang.Kalau diaorang kacau kakak lagi Aiman dengan Aina bawa akak lari jauh-jauh tau.”
“Lari kemana bu?”Baru sekarang Aina bersuara.
“Mana-mana je asal jauh dari diaorang tu.Boleh?dah pergi mandi salin baju.Lepas tu kita makan.Ibu nak tengok kakak kejap.”Aiman berlari bekejaran dengan Aina.Aku hanya menggelengkan kepala.Malas nak cakap,sudah menjadi kebiasaan mereka berdua suka menyakat sesama sendiri.Walaupun mereka cuma kembar sama tahun,perangai tak banyak beza.
                                            
“Assalamualaikum...Boleh ibu masuk?”Aku mengetuk pintu beberapa kali sebelum membuka pintu.Aku tersenyum hampar melihat bilik yang berselerak sedikit dari asal.
“Ibu duduk sini ya.”Aku meletakkan beg sekolahnya diatas kerusi sebelum duduk di birai katil.
“Ada apa-apa yang Hidayah nak bagitahu Ibu?Kalau Hidayah rasa Ibu menganggu...Ibu keluarlah ya...Nanti turun makan.Ibu masak lauk Hidayah pesan semalam.”Belum sempat aku bangun,tangan aku diraih.Matanya yang merah merenung sayu.
“Ibu... betul ke apa yang orang kata bu?”
“Kata apa? Yang anak ibu comel? Betullah tu...”Aku mengurai rambutnya yang kusut.Tanganku dikalih.
“Ibu...”
“Ye...”Jawabku bersahaja.
“Ibu... orang serius dia main-main pula.”
“Serius ke? Okaylah...memandangkan anak ibu serius... ibu nak tanya balik,Hidayah percaya kata-kata diaorang?”Hidayah menundukkan mukanya.Aku meraih dagunya lembut.
“Sayang... kalau Hidayah bukan anak ibu dengan baba Hidayah anak siapa?”
“Tapi diaorang kata...Hidayah ni anak pungut bu...anak haram...betul ke?”Sedu-sedan mula kedengaran.Aku merakul lembut bahunya.
“Hidayah... anak pungut atau tak tetap seorang anak kecil yang tak mengerti apa tu kehidupan. Kita sebagai ibu bapalah kena mencorakkan kain putih ni sebaik mungkin sayang.Percayalah... Hidayah anak ibu dengan baba... Hidayah tak sayang ibu dengan baba?”Pantas dia menggeleng.
“Sayang... cuma,,Hidayah... tak cukup kuat bu nak melawan dengan diaorang.”
“Kenapa nak melawan pula? Nampak diaorang je ikut jalan lain. Jangan membazirkan tenaga untuk benda macam ni.Apa kata sekarang ni,Hidayah pergi mandi,,salin baju...Lepas solat kita makan ya... Kesian adik-adik tunggu lama dekat bawah.”Dia mengangguk lalu menyampai tuala menuju ke bilik air.Aku tersenyum kecil.
“Ibu terima kasih.Tunggu setengah jam... nanti Hidayah turun.”
“Lamanya...”
“Anak dara bu...”Aku tersenyum.Dia dah kembali ceria.
***

Wednesday 7 March 2012

eYaa vS LiPaS!!

assalamualaikum!!
lebih elok jawab salam ni dulu...
story ai ni sal lipas and thank dekat aZieRa..
 pahlawan Que ai ni..
hahaha..
thank eYaa...

Monday 5 March 2012

akhirnya!!

huwaaaa!!
oppss...
assalamualaikum kawan2...
mengantok betol...
dr mle create smpai ai nie...
bru brjye post..
kenaapa??
gara2 kegagalan buah pinggang..
ea!!
xdelaa,,psword ni hah...
xley xcess...
bpew kli daa 2kor...
alhamdulillah akhirnya dpt juga aq post...
hoyaaaeaaa!!!
for while...
blog ni aq sepi n bored...
sbb aq lom abis menuntut lagi create smua ni...
learn step by step k...
ganbatte QuE!!